"Selamat Datang"

Hello!!! Ni adalah salah satu hobi terpenting aku dari dulu lagi sampai la sekarang.. Mengikut dari sejarah keturunan aku.. Ray Ban telah digunakan oleh 3 Generasi dalam keturunan aku.. Kira aku yang ketiga la.... Kat dalam ni ada terselit sikit mengenai koleksi-koleksi aku.. Kalau ada salah dan silap tolong la tunjuk kan.. And diharapkan sila-sila la menegur mana yang patut....

Ray Ban

Ray Ban

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!

Arios amigos.... Salam Lebaran buat semua pembaca!!! Harap korang okey beraya dengan keluarga tersayang~

Hmmmmm.... ni dah lepas bulan puasa baru la aku boleh sambung untuk menyiapkan blog aku ni..

Harap anda sabar menunggu buletin dan ilmu pengetahuan untuk kita kongsi bersama!!! Astalakoste Babe!!!!

Monday, August 24, 2009

Tips-tips Nak Kenal Ray Ban U.S.A

Terdapat banyak cara untuk mengetahui Ray Ban yang korang pakai ni ori atau tak.. Kekadang ada juga Ray Ban ciplak yg 98% nampak macam ori. Ni aku sediakan sikit tips-tips untuk mengenalpasti Ray Ban tu 100% ori atau x..

Beg / Hard Case
1. Kalau beg atau hard case tu kebanyakkannya senang nak trace.. Biasanya kat dalam hard case tu ade tulis Pending Patern. Tak kisah lah ade no 1 ke 2 ke 3 ke janji Pending Patern ni mesti ada... Tapi Wayfarer punya beg korang jangan memandai nak cari pulak. Case ubtuk Wayfarer biasanya leper je..

Cermin
1. Cara nk tengok cermin pun ada juga.. Tak semestinya kaca je dah kata cermin Ray Ban tu ori.. Bila check bebetol kat side tepi cermin tu ade tercalit logo B&L. Logo ni kalu gosok die ilang, korang amik cermin tu then kunyah sikit-sikit. Logo Ray Ban lak biasa nya terletak kat side kiri bahagian atas.. Kalu logo Ray Ban ni sekali korang gosok je dah ilang maka model yang korang pakai tu 100% pasar malam punya.. Tapi jangan ingat yang original punya logo pon tak boleh tanggal.. Cume percent logo ori ni nak tanggal tu makan masa la.. And kalau korang try guna pisau memang ler ilang..

2. Bias bayang-bayang untuk cermin ori ni biasanya cun.. Try amik cermin tu then korang tgk shadow lampu kalimantang kat rumah korang tu.. Kalu bias lampu tu cun tegak je sah lah cermin yang korang pakai tu memang dicipta untuk sunglass.. Tapi kalau bias lampu tadi tu macam cacing kepanasan je... korang amik tukul besi then pecahkan je.. Takda guna simpan.

3. Kebanyakkan lens untuk Ray Ban U.S.A yang ori biasanya lens ni tahan panas and tak mudah nk bercalar.. Tu pasal nama lens ni Super Impact Resistant. Kalau pasar malam punya lens korang jemur kat bawah matahari satu hari suntuk then korang try patahkan lens tu jadi dua.. biasanya lens tu berkecai..

(Lens Ori Ray Ban U.S.A ni kalau diasah pakai batu asah hasilnya nanti lens ini akan menjadi habuk. Ia tidak akan pecah seperti kaca biasa.. Aku dah try dah)

Frame.

Wayfarer

1. Wayfarer biasanya dibuat menggunakan plastik. Ada juga yang disalut oleh kulit. Dekat side dalam belah kiri biasanya terdapat tulisan WAYFARER dan side kanan biasanya terdapat logo B&L RAY BAN U.S.A.

2.Terdapat sebatang besi halus tapi kuat di bahagian dalam paddle wayfarer ori.. kalu pasar malam punye lembik je. Jadi tak susah kalau nak buat perbandingan yang mana ori atau ciplak.


Metal Frame

"Bukan susah nk tahu ori ke tak metal frame ni ori ke x... kalu plastik dh tentu le x ori... dh name pon metal.." hhehehehehe...

Ops... sorry pendapat di atas sama sekali salah.

1. Kebiasaannya warna yang paling digemari oleh pengguna perisai mata ni adalah Arista Gold dan Black.. Terdapat juga warna lain, ada juga yang disaluti dengan kulit.

2. Ni aku sediakan sedikit tips untuk korang.... Kat bahagian atas biasanya tertulis "B&L Ray Ban U.S.A" ... dibahagian bawah pula tertulis "B&L Ray Ban 52[]14" "B&L Ray Ban 58[]14" "B&L Ray Ban 62[]14".

3. Tapi bagi design outdoorsman sharpshooter atau lebih dikenali sebagai Ray Ban O (bagi orang-orang kampung la) korang hanya bleh tengok tulisan tu ada kat bahagian atas je.. bahagian bawah xde pasal Ray Ban Outdoosman Shapshooter ni bibuat hanya satu saiz je.. iaitu saiz 62..

4. Ray Ban ciplak pon kekadang ada jugak dia cop macam Ray Ban ori.. Ni aku sediakan tips camna nk bezakan cop ori dengan cop yang ciplak..
  • tulisan Ray Ban ciplak ni biasanya terlampau dalam dan boleh dilihat dengan jelas..
  • saiz font sama je... kalu yang ori saiz font ada yang kecil dan ada yang besar. saiz font bagi B&L kecil sedikit dari saiz font Ray Ban. Saiz font bagi U.S.A and 58[]14 sama dengan saiz font B&L.. Contoh " B&L RAY BAN U.S.A".

5. Warna bagi Arista Gold ni susah nk lutur sebab frame jenis ni telah dicampur dengan emas 24k.. jadi kalau korang bawak sembahyang pepaham la beb. Ray Ban Ciplak biasanya senang luntur.. pakai tak sampai sebulan color dah jadi silver lapuk. Ini dinamakan boleh tukar color punya frame... Hehehe

(Jika anda mempunyai frame yang dah patah, cuba anda hantar kat kedai emas untuk dipaterikan.. kalau ia senang disambung maka model anda itu adalah tulen. Ini kerana tahap kepanasan emas adalah lebih tinggi berbanding dengan logam-logam lain. Senang cite korang cube tanya apek kedai emas tu Ray Ban korang tu ori ke tidak.)

SKRU

Terdapat empat skru untuk memperkukuhkan Ray Ban ori ni.. Dua skru digunakan untuk mengikat lens dan lagi dua digunakan untuk mengikat paddle Ray Ban ni..Skru-skru ini mempunyai saiz-saiz yang berbeza. Skru bahagian belakang lebih kecil dari saiz skru bahagian depan.. Benang skru ni pon berbeza dengan Ray Ban ciplak.. Jadi kalau model korang punya skru boleh dimuatkan dengan skru dari model yang berada di Petaling Street tu kompom la model yang korang pakai tu pon bertaraf PS....

INI SAHAJA LAH PENERANGAN DAN TIPS-TIPS YANG AKU BOLEH SEDIAKAN BUAT KORANG.. KALAU ADA SALAH DAN SILAP HARAP MAAF.. AND JIKA ADA SEBARANG PENDAPAT SILALAH BERKONGSI DENGAN AKU.. SEBENARNYA BANYAK LAGI AKU BOLEH SELITKAN TENTANG CIRI-CIRI RAY BAN ORI NI. TAPI PENAT NAK OLAHKAN DALAM NI. TELEFON ATAU MSG NO AKU JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN.



Tuesday, August 18, 2009

Ray Ban ChromaX ODM 58mm



Ray Ban ODM Aviator ChromaX Size 58mm





Monday, August 17, 2009

Ray Ban Wayfarer I & II

Ray Ban Wayfarer B&L 5022
&
Ray Ban Wayfarer II Small Wayfarer

My 1st Ray Ban

Ni adalah Ray Ban aku yg pertama sekali.. Pada mulanya Ray Ban ni digunakan oleh arwah datuk aku. Itu pun ayah aku yg bagi pada aku masa umur 15 tahun. Jarang sangat aku pakai Ray Ban ni masa baru-baru dapat.. BARU DAPAT TAPI ITEMNYA LAMA GILA.. then about last 2 year, masa tu Ray Ban U.S.A sudah mula menjadi pujaan pengemar barangan vintaj barulah aku sedar benda yang ada pada aku ni dh tahap lama gila dah. Mengikut kata ayah aku, Ray Ban ni arwah datuk aku guna sejak tahun 1978..
B&L Ray Ban Metal Aviator 58mm


masih bertahan hingga sekarang.....


mampu mengekalkan warna asal biarpun telah dimamah usia..
keutuhan coretan B&L menunjukkan keaslian yang tiada tolok bandingnya...

siapa yang tak nampak pendek umur ^^


'B&L Ray Ban U.S.A'
Usia Ray Ban ni dianggarkan lebih dari 30tahun dan ia bukan hanya menjadi koleksi klasik yg diletakkan di dalam kaca.Hingga sekarang aku juga masih menggunakan Ray Ban ni.. Jadi aku tidak menafikan bahawa ia juga pernah mengalami kerosakan.. Cangkuk lama Ray Ban aku dah gantikan dgn yang baru.. Bukan senang nak cari spare part benda ni.. tahun 2007 pun aku beli cangkuk ni dgn harga Rm55 sepasang.. Sekarang jangan cakap lebih dari Rm150.
Jadi ini lah dia koleksi aku yang pertama sekali.




Saturday, August 15, 2009

My Collection.

MY COLLECTION

My Collection.




My Vintage Ray Ban Collection



Salam Perkenalan~ Gambar di atas adalah semua koleksi Ray Ban aku.. Koleksi aku ni kebanyakkannya adalah biasa. Baget kecik la bro nak cari yang power-power.. Tapi dalam setiap koleksi aku ni mempunyai sejarah tersendiri. Hanya aku yang tau maksud atau nilai Ray Ban aku ni..


Ada diantaranya berusia lebih dari 35tahun. Maksud aku Ray Ban ni telah diguna sejak 35tahun dulu. Nanti aku siarkan gambar-gambar koleksi aku satu persatu.