Beg / Hard Case
1. Kalau beg atau hard case tu kebanyakkannya senang nak trace.. Biasanya kat dalam hard case tu ade tulis Pending Patern. Tak kisah lah ade no 1 ke 2 ke 3 ke janji Pending Patern ni mesti ada... Tapi Wayfarer punya beg korang jangan memandai nak cari pulak. Case ubtuk Wayfarer biasanya leper je..
Cermin
1. Cara nk tengok cermin pun ada juga.. Tak semestinya kaca je dah kata cermin Ray Ban tu ori.. Bila check bebetol kat side tepi cermin tu ade tercalit logo B&L. Logo ni kalu gosok die ilang, korang amik cermin tu then kunyah sikit-sikit. Logo Ray Ban lak biasa nya terletak kat side kiri bahagian atas.. Kalu logo Ray Ban ni sekali korang gosok je dah ilang maka model yang korang pakai tu 100% pasar malam punya.. Tapi jangan ingat yang original punya logo pon tak boleh tanggal.. Cume percent logo ori ni nak tanggal tu makan masa la.. And kalau korang try guna pisau memang ler ilang..
2. Bias bayang-bayang untuk cermin ori ni biasanya cun.. Try amik cermin tu then korang tgk shadow lampu kalimantang kat rumah korang tu.. Kalu bias lampu tu cun tegak je sah lah cermin yang korang pakai tu memang dicipta untuk sunglass.. Tapi kalau bias lampu tadi tu macam cacing kepanasan je... korang amik tukul besi then pecahkan je.. Takda guna simpan.
3. Kebanyakkan lens untuk Ray Ban U.S.A yang ori biasanya lens ni tahan panas and tak mudah nk bercalar.. Tu pasal nama lens ni Super Impact Resistant. Kalau pasar malam punya lens korang jemur kat bawah matahari satu hari suntuk then korang try patahkan lens tu jadi dua.. biasanya lens tu berkecai..
(Lens Ori Ray Ban U.S.A ni kalau diasah pakai batu asah hasilnya nanti lens ini akan menjadi habuk. Ia tidak akan pecah seperti kaca biasa.. Aku dah try dah)
Frame.
Wayfarer
1. Wayfarer biasanya dibuat menggunakan plastik. Ada juga yang disalut oleh kulit. Dekat side dalam belah kiri biasanya terdapat tulisan WAYFARER dan side kanan biasanya terdapat logo B&L RAY BAN U.S.A.
2.Terdapat sebatang besi halus tapi kuat di bahagian dalam paddle wayfarer ori.. kalu pasar malam punye lembik je. Jadi tak susah kalau nak buat perbandingan yang mana ori atau ciplak.
Metal Frame
"Bukan susah nk tahu ori ke tak metal frame ni ori ke x... kalu plastik dh tentu le x ori... dh name pon metal.." hhehehehehe...
Ops... sorry pendapat di atas sama sekali salah.
1. Kebiasaannya warna yang paling digemari oleh pengguna perisai mata ni adalah Arista Gold dan Black.. Terdapat juga warna lain, ada juga yang disaluti dengan kulit.
2. Ni aku sediakan sedikit tips untuk korang.... Kat bahagian atas biasanya tertulis "B&L Ray Ban U.S.A" ... dibahagian bawah pula tertulis "B&L Ray Ban 52[]14" "B&L Ray Ban 58[]14" "B&L Ray Ban 62[]14".
3. Tapi bagi design outdoorsman sharpshooter atau lebih dikenali sebagai Ray Ban O (bagi orang-orang kampung la) korang hanya bleh tengok tulisan tu ada kat bahagian atas je.. bahagian bawah xde pasal Ray Ban Outdoosman Shapshooter ni bibuat hanya satu saiz je.. iaitu saiz 62..
4. Ray Ban ciplak pon kekadang ada jugak dia cop macam Ray Ban ori.. Ni aku sediakan tips camna nk bezakan cop ori dengan cop yang ciplak..
- tulisan Ray Ban ciplak ni biasanya terlampau dalam dan boleh dilihat dengan jelas..
- saiz font sama je... kalu yang ori saiz font ada yang kecil dan ada yang besar. saiz font bagi B&L kecil sedikit dari saiz font Ray Ban. Saiz font bagi U.S.A and 58[]14 sama dengan saiz font B&L.. Contoh " B&L RAY BAN U.S.A".
5. Warna bagi Arista Gold ni susah nk lutur sebab frame jenis ni telah dicampur dengan emas 24k.. jadi kalau korang bawak sembahyang pepaham la beb. Ray Ban Ciplak biasanya senang luntur.. pakai tak sampai sebulan color dah jadi silver lapuk. Ini dinamakan boleh tukar color punya frame... Hehehe
(Jika anda mempunyai frame yang dah patah, cuba anda hantar kat kedai emas untuk dipaterikan.. kalau ia senang disambung maka model anda itu adalah tulen. Ini kerana tahap kepanasan emas adalah lebih tinggi berbanding dengan logam-logam lain. Senang cite korang cube tanya apek kedai emas tu Ray Ban korang tu ori ke tidak.)
SKRU
Terdapat empat skru untuk memperkukuhkan Ray Ban ori ni.. Dua skru digunakan untuk mengikat lens dan lagi dua digunakan untuk mengikat paddle Ray Ban ni..Skru-skru ini mempunyai saiz-saiz yang berbeza. Skru bahagian belakang lebih kecil dari saiz skru bahagian depan.. Benang skru ni pon berbeza dengan Ray Ban ciplak.. Jadi kalau model korang punya skru boleh dimuatkan dengan skru dari model yang berada di Petaling Street tu kompom la model yang korang pakai tu pon bertaraf PS....
INI SAHAJA LAH PENERANGAN DAN TIPS-TIPS YANG AKU BOLEH SEDIAKAN BUAT KORANG.. KALAU ADA SALAH DAN SILAP HARAP MAAF.. AND JIKA ADA SEBARANG PENDAPAT SILALAH BERKONGSI DENGAN AKU.. SEBENARNYA BANYAK LAGI AKU BOLEH SELITKAN TENTANG CIRI-CIRI RAY BAN ORI NI. TAPI PENAT NAK OLAHKAN DALAM NI. TELEFON ATAU MSG NO AKU JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN.