"Selamat Datang"

Hello!!! Ni adalah salah satu hobi terpenting aku dari dulu lagi sampai la sekarang.. Mengikut dari sejarah keturunan aku.. Ray Ban telah digunakan oleh 3 Generasi dalam keturunan aku.. Kira aku yang ketiga la.... Kat dalam ni ada terselit sikit mengenai koleksi-koleksi aku.. Kalau ada salah dan silap tolong la tunjuk kan.. And diharapkan sila-sila la menegur mana yang patut....

Ray Ban

Ray Ban

Monday, August 17, 2009

My 1st Ray Ban

Ni adalah Ray Ban aku yg pertama sekali.. Pada mulanya Ray Ban ni digunakan oleh arwah datuk aku. Itu pun ayah aku yg bagi pada aku masa umur 15 tahun. Jarang sangat aku pakai Ray Ban ni masa baru-baru dapat.. BARU DAPAT TAPI ITEMNYA LAMA GILA.. then about last 2 year, masa tu Ray Ban U.S.A sudah mula menjadi pujaan pengemar barangan vintaj barulah aku sedar benda yang ada pada aku ni dh tahap lama gila dah. Mengikut kata ayah aku, Ray Ban ni arwah datuk aku guna sejak tahun 1978..
B&L Ray Ban Metal Aviator 58mm


masih bertahan hingga sekarang.....


mampu mengekalkan warna asal biarpun telah dimamah usia..
keutuhan coretan B&L menunjukkan keaslian yang tiada tolok bandingnya...

siapa yang tak nampak pendek umur ^^


'B&L Ray Ban U.S.A'
Usia Ray Ban ni dianggarkan lebih dari 30tahun dan ia bukan hanya menjadi koleksi klasik yg diletakkan di dalam kaca.Hingga sekarang aku juga masih menggunakan Ray Ban ni.. Jadi aku tidak menafikan bahawa ia juga pernah mengalami kerosakan.. Cangkuk lama Ray Ban aku dah gantikan dgn yang baru.. Bukan senang nak cari spare part benda ni.. tahun 2007 pun aku beli cangkuk ni dgn harga Rm55 sepasang.. Sekarang jangan cakap lebih dari Rm150.
Jadi ini lah dia koleksi aku yang pertama sekali.